Want your
own Fotopage?








 
Suatu Coretan Sebuah Kenangan

By: Linda Rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 11-Nov-2008 16:22 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat Kukus

Sebenarnya entry kali ni khas untuk Leni, my dear friend dari Acheh. Leni ni kalau masak memanggggg marvelous!! Bodek-bodek sikit nanti boleh buat makan-makan lagi...Leni, jangan marah ye, gurau je..

Resepi ni senang amat...kalau buat gerenti jadik punyalah. Tak payah guna mixer semua tuh. Apa pun hasilnya memang kelassss!!!

Resepi ni pun cedok dari internet jugak dekat forum yang glamour tu. So pada sesiapa yang nak try tuh bolehla try ye...jangan tak try pulak.

Kek coklat kukus

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
3 biji telur (kacau sikit)
1 sudu teh esen vanila
secubit garam.

Cara penyediaan

1. Masak gula, minyak dan susu cair atas api kecil hingga gula cair.
2. Masukkan telur , esen vanila dan serbuk koko.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking soda, baking powder dan garam.
4. Gaul hingga sebati. Tuang dalam loyang yang sudah disapu butter dan ditabur sedikit tepung.
5. Kukus atas api sederhana selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:
1. Jika adunan berketul-ketul, tapis sebelum dituang ke dalam loyang.
2. Pastikan loyang kek ditutup dengan aluminium foil sebelum dikukus.

Selamat mencuba!


salam linda...knapa resepi kek ni x letak gambar???? x syoklah x de gambar....kalau ada gambar teruja skit nak membuatnya..he..he.. Thu 13-Nov-2008 09:41
Posted by:azian  - [Link]
Thanks Linda dah upload recipe nie....leni memang tak boleh langsung kalo nak baking..always fail forever...hehehhe
Insya Allah weekend nie nak cuba buat cake kukus nie...mudah2an jadi..mengingat ada garanti dari cik puan linda..hehehhe
Sekali lagi tenkiu................
Fri 14-Nov-2008 18:26
Posted by:Leni
Add comment


Saturday, 25-Oct-2008 17:14 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri

Dah lama tak update fotopages ibu ni. Sibuk mengalahkan menteri hehehhe.. cuti-cuti Malaysialah katakan. Anyway, saya nak ambik kesempatan saki baki hari raya yang ada ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat semua kawan-kawan, ahli keluarga dan kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.
Heheeh...dah nak abis raya baru teringat nak update ye .

Biasalahkan dah namanya Hari Raya, apa lagi melantak macam-macam, tak ingat dunia. Mentang-mentang balik kampung, hmmmmm lagi menjadik-jadik kami makan. Berat pun dah bertambah banyak ...huhuhu sedih sangat. Ni dah nak start diet...hopefully boleh turun sampai 50 kg ( berat asal sebelum kawin, dah kawin....ayoyo!!) .

Mulai bulan ni nak start buat dairi diet, nak diet ni kena kuat semangat, tak boleh give up.Nanti saya updatekan tiap-tiap bulan dah berapa kilo yang turun. Target tiap bulan bolehle turun barang sekilo dua. To my dear abang, tolooooooonglah isterimu ini berdiet. Jangan asyik nak suruh makaaaaan je. Bangga tak kalau ayang abang ni dah kurus???? So, bantulah dan supportlah ayang abang ni eh hehehheh ;


ntahnya abangnyer...tolongla bagi support sket....jangan risau linda...ja memang sentiasa support...support tolong makan kek dan muffin cekelat linda yg sodap2 itu...hehehe...(tak tahan la...meleleh air liur kalau tak rasa secubit dua...) Mon 8-Dec-2008 20:23
Posted by:unnamed
Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 14:04 Email | Share | | Bookmark
Cucur udang yang takde udang

Pagi tadi untuk breakfast, tetiba pulak teringin nak makan cucur udang. Tapi udangnya takde...asal boleh ajelah ye..Kuah kacang tu pun main hentam je . Anyway, dapat jugak menghilangkan kempunan nak makan cucur udang dengan kuah kacang. Mmmmmm sedapnya....






Apalagi jemputlah makan


Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 13:49 Email | Share | | Bookmark
Moist Chocolate Cake

Sempena ulang tahun kelahiran ayah yang ke 34 tahun, 2 Ogos yang lalu......





Moist Chocolate Cake

Bahan-Bahan

250g butter
1 cawan gula
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh bicarbonat soda
1 sudu teh esen vanila

1 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan serbuk koko

Cara penyediaan

1. Campur serbuk koko, gula dan air dalam satu periuk kecil. Masak atas api perlahan sehingga semua bahan larut. Ketepikan.
2.Pukul butter dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla
5. Kaup balikkan campuran tepung ke dalam adunan diselang seli dengan campuran coklat. Ulang hingga habis.
6. Kacau sehingga adunan betul-betul sebati.
7. Tuang dalam acuan yang sesuai.
8. Bakar dalam suhu 180 darjah celsius sehingga masak.

Hias ikut citarasa dan bahan-bahan yang ada di rumah.

Add comment


Tuesday, 29-Jul-2008 18:43 Email | Share | | Bookmark
Flowers@Skansen

Last weekend ayah dengan ibu bawak kak chah ngan adik win pegi jalan-jalan dekat Skansen....Kisah selanjutnya nanti ibu masukkan dalam entry akan datang. Entry kali ni kita cuci mata dengan keindahan bunga-bunga segar dekat Skansen. Jom tengok...














Add comment


Friday, 25-Jul-2008 18:47 Email | Share | | Bookmark
Coffee Sponge Cake

Hari ni rasa macam nak makan kek span pulak ....habihlah diet ibu minggu ni. Takpe pagi-pagi esok pegi jogging bakar lemak-lemak tu semua . Lepas balik opis petang tadi, ibu pun starlah projek kek span dengan puding cocktail... , sempat lagi tu! Cadang-cadangnya puding cocktail tu nak bawak ke rumah Leni esok, boleh makan-makan sambil berbbq. Jomlah tengok coffee sponge cake ibu



Dalam resepi tu suruh letak coffee paste, tapi kat sini tak tahulah pulak kat mana nak cari coffee paste, so abaikan ajelah . Anyway, dari segi rasa tak terjejas langsung.



Biasalah dah namanya kek span mestilah lembut macam span, takkan keras kong pulak Apa pun mai la tengok resepi kat bawah ni.

Coffee Sponge Cake
Sumber : Internet

Bahan A

120g tepung superfine (ibu guna tepung gandum je)
60g gula castor
3 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh coffee paste
70g minyak sayuran (kalau darurat sangat minyak masak pun boleh...)
2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 100ml susu/air panas


Bahan B

3 biji putih telur
60g gula castor

Cara-cara

1. Ayak tepung , garam dan baking powder.
2. Campur adunan tepung dan semua bahan A dalam satu bekas. Dengan menggunakan whisk, gaul hingga sekata (jangan over gaull!!).
3. Panaskan oven 180 darjah celcius
4. Pukul putih telur hingga separuh kental, masukkan gula dan pukul lagi sehingga soft peak (kalau terbalikkan bowl tu pun, putih telur tak jatuh)
5. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bahan A.
6. Masukkan baki putih telur tadi dan kaup balik hingga sekata.
7. Tuang dalam loyang (apa-apa loyang pun boleh..). Tak perlu letak minyak pada loyang.
8. Bakar hingga masak.
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai kek. Biar hingga kek sejuk, baru dipotong.
10. Makan le..
:

Add comment


Sunday, 20-Jul-2008 20:39 Email | Share | | Bookmark
Adik Win and Kak Chah

Saje je nak upload gambar-gambar adik win dengan kak chah. Banyak sangat gambar anak dara berdua ni dalam PC ayah, sampai tak tau mana satu nak pilih. Anyway fotopages ni khas ibu dedikasikan utk anak-anak ibu...






Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jom jalan-jalan....

 
 
Sepanjang weekend dua minggu lepas, ayah ngan ibu bawak kak chah dengan adik win pegi jalan-jalan cari makan kat sekitar Uppsala. Kira dah habih tawaf la dari utara-selatan , timur-barat .. . Antara tempat-tempat menarik yang sempat kitorang lawati ialah Gränby Gård, Skarholmen, Gamla Uppsala, Häggsalen Gård dan paling nostalgia bila naik lennakatten (keretapi wap daaa... ).


Masa dekat Gränby, kitorang sempat pegi jenguk cik kambing, bagi makan ...tapi kak chah ngan adik win takut nak pegang kambing.


Ni tiket untuk naik lennakatten. Simpan jadi kenang-kenangan. Ok la jugak, walaupun ralat sikit sebab tak dapat pegi mandi tasik dan melawat animal farm. Last-last picnic kat depan train stesen je. Walaubagaimanapun pemandangan sepanjang 15km perjalanan tu memang menakjubkan...cantik sangat.








Add comment


Friday, 27-Jun-2008 17:53 Email | Share | | Bookmark
Royal Banquet....

kumpulan muzik tradisional
3 sekawan..
bersama participant dari Algeria
View all 5 photos...
He..he....sebenarnya majlis makan malam ni diadakan untuk meraikan semua participant ICLP 2008 yang diadakan di Uppsala baru-baru ni. Kira best jugaklah sebab pertama kali dapat masuk Uppsala Castle..Rupa-rupanya ruang bawah castle tu dijadikan muzium...oooo baru kutahu lepas setahun baru terperasan...


Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com